Penyanyi Aishah memberitahu beliau menerima tawaran untuk bertanding
di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13
(PRU13) dengan harapan untuk menjadi 'suara' bagi golongan artis.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata,
pemilihan itu juga adalah merupakan satu perspektif baru dalam
perjuangannya sebagai anak seni selain amanah besar PAS untuknya dan
golongan artis.
"Alhamdulillah satu amanah besar dari PAS Pusat untuk saya dan pengiktirafan kepada golongan artis.
"Saya menerima tawaran bertanding dengan harapan agar dapat sedikit
sebanyak menjadi 'suara' bagi golongan artis," katanya kepada mStar Online Khidmat Pesanan Ringkas di sini petang Selasa.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa mengumumkan
Aishah sebagai calon di Parlimen Jempol ketika mempengerusikan mesyuarat
pengumuman calon parti itu bagi PRU13 di Ibu Pejabat PAS Pusat dekat
sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Aishah yang tidak mengetahui tentang pengumuman
dibuat Abdul Hadi itu bersyukur dengan keputusan berkenaan dan akan mula
mempersiapkan diri untuk berkempen.
Aishah yang pernah menuntut dalam jurusan sains politik di sebuah
universiti di New Zealand menyertai PAS pada Mei tahun lalu selepas
mengambil keputusan meninggalkan dunia seni.
Sumber
No comments:
Post a Comment