MEIKHTILA,
Myanmar :
President Myanmar, Thein Sein semalam mengumumkan perintah
daruratdi bandar ini selepas sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam keganasan yang tercetus di antara penganut Islam dan Buddha.
Perintah darurat itu
dibuat bagi membolehkan pasukan tentera membantu mengembalikan keamanan.
Situasi dikatakan semakin tegang semalam apabila beberapa kumpulan
termasuklah sami Buddha yang bersenjatakan pisau dan kayu merayau di
jalan-jalan.
Ini merupakan keganasan
terburuk sejak pertempuran antara dua kumpulan penganut agama berbeza
itu tercetus di negeri Rakhine tahun lalu. Insiden tersebut mengorbankan
kira-kira 180 nyawa dan lebih 110,000 orang hilang tempat tinggal.
“Keadaan tidak terkawal,
walaupun kerajaan menyatakan sebaliknya,” kata ahli parlimen dari parti
pembangkang, Parti Liga Nasional untuk Demokrasi, Win Htein.
Beratus-ratus penganut
Islam cuba mendapatkan perlindungan di sebuah padang bola sepak dan
balai polis. Sementara penganut Buddha pula berkumpul di tokong-tokong. –
No comments:
Post a Comment