MENGEJUTKAN…dalam
dok godek2 facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, Agendadaily
terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram.
Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.
Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Sulu’ ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.
Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.
Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.
Manakala kejadian serang
hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya
Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.
Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.
Pada posting terakhir 15
Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang
menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak
yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.
Amir Bahar ditangkap
bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis
turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit,
kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang
mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang
RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.
Jika tinjau gambar pada
facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5
Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu
Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.
Untuk
rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh
Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak
berkuasa 12 Febuari.
Selain gambar baik punya
dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai,
selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul
Kiram dan Azimuddin Kiram.
Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.
Ada juga gambar ayah
pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa
tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria
Macapagal-Arroyo.
Kerajaan Filipina
sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan kerajaan
Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan pencerobohan
Lahad Datu.
Facebook yang hanya
mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan Kiram, dan
dari semakan Agendadaily, ada juga yang tulis menetap di Kuala Lumpur
dengan nama Datu Amir Ali Kiram.
Tidak
banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan
beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik
tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.
Amir Bahar yang dicekup
bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya
yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan Lahad Datu. Sama-sama kita
tunggu…
Sementara itu, sebuah
akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan AmirBahar
dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis
sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis termasuk
penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.
Selain dari Amir,
pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama
Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari kampung.
Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.
Jamalul, Esmail,
Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang
mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.
Esmail,yang berkelulusan
doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan
adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November
tahun lepas.
Difahamkan bahawa tiga
orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan
Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.
Haji Kiram dikatakan
telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang
anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.
Haji Kaluang, ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.
Orang ketiga, Aidani,
yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api
dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna.Sumber
No comments:
Post a Comment