Aktor remaja yang sedang meningkat naik, Jaden Smith dikhabarkan
sedang bercinta dengan adik tiri Kim Kardashian iaitu Kylie Jenner.
Anak kepada pelakon Will Smith itu dilihat sedang menikmati makan
tengah hari bersama-sama kekasih barunya itu di Caffe Nero, London.
Menurut US Magazine, mereka sudah dua hari berada di bandar tersebut untuk menghadiri pesta ulang tahun penyanyi popular Justin Bieber.
Bintang filem Karate Kid ini dilaporkan kelihatan santai dengan
mengenakan baju dan seluar hitam. Sementara Kylie memakai jaket hitam
dan bersepatu “boot”.
Sementara itu, satu sumber memberitahu pasangan ini masih belum
bercinta secara rasmi dan sedang mengenali antara satu sama lain.
"Mereka memang keluar bersama namun masing-masing baru kenal dan buat
masa ini masih menjadi teman baik," katanya seperti dipetik US Magazine, pada Selasa.
Sebelum ini, Kylie yang baru berusia 15 Tahun sempat digosipkan
bercinta dengan penyanyi Australia Cody Simpson namun dinafikannya.
SUMBER
No comments:
Post a Comment