TINGGAL lebih kurang tiga bulan sahaja lagi bagi pasangan pelakon,
Beego serta Linda Hashim bakal mengakhiri zaman solo mereka.
Mereka
kelihatan sangat gembira ketika ditanya tentang persiapan bagi majlis
perkahwinan yang bakal berlangsung pada 7 Jun ini.
Ia merupakan perkahwinan pertama buat Linda Hashim, namun perkahwinan
kedua buat, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah.
Tidak kisah dengan apa yang berlaku, Linda kelihatan teruja apabila
bercerita tentang persiapan bagi majlis tersebut kelak.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang perasaan berkahwin buat kali
kedua, Linda tidak merasakan dirinya telah berkahwin sebelum ini.
Justeru, dia menganggap ini merupakan perkahwinan pertama buatnya.
Ikuti temuramah Kosmo! bersama Beego dan Linda selepas majlis
Anugerah Festival Filem Malaysia ke -25 di Pusat Konvesnyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Kosmo!: Bagaimanakah persiapan perkahwinan anda berdua?
BEEGO: Kami sudah pun membuat persiapan untuk majlis pada bulan Jun
ini. Ia merupakan dua majlis yang sederhana iaitu pernikahan di masjid
berdekatan rumah Linda dan sebuah majlis untuk resepsi.
Boleh ceritakan bagaimana detik perkenalan Beego dan Linda. Bilakah kalian mengambil keputusan untuk berkahwin?
Saya jumpa Linda ketika penggambaran drama dan ketika itu memang saya
sudah lama minat dengan Linda. Jika saya nampak dia berlakon, pasti
saya tidak akan tukar saluran televisyen. Selepas menaruh minat selama
dua tahun lebih, saya pernah menyuarakan perasaan saya kepadanya. Namun,
ketika itu, dia ingat saya main-main dan tidak serius. Tapi selepas
itu, kami mula berkawan rapat.
Bilakah mula berbicara secara serius dengan Linda?
Ada satu hari, secara tiba-tiba saya bermimpi tentangnya tapi tidak
ingat pula apa mimpinya. Saya terbangun dari tidur dan terus menghubungi
Linda yang ketika itu berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Dengan
serius saya memintanya supaya mendoakan jodoh kami berdua di sana dan
mengharapkan agar hubungan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Jika benar kami punya jodoh, pasti akan bersama jua.
No comments:
Post a Comment