BANGKOK - Sejumlah 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan polo
gajah Piala Diraja 2012 yang berlangsung di bandar tepi pantai ini, 160
kilometer ke selatan ibu negara Thailand, Bangkok......
Menurut laman berita International Business Times kelmarin,
acara amal tersebut yang pertama kali diperkenalkan di Thailand pada
2001 oleh Anantara Hotels, Resorts & Spas kini memasuki tahun ke-11.
Ia merupakan antara kejohanan paling terkenal di dunia.
Dijadualkan berlangsung hingga 16 September ini, sebanyak 50 ekor gajah akan mengambil bahagian dalam kejohanan polo kali ini.
Antara tarikan utama pada kejohanan tahun ini termasuk kehadiran
bintang ragbi pasukan New Zealand All Blacks, Robin Brooke, Olo Brown
dan Adrian Cashmore.
Mereka akan bertanding bersama beberapa anggota keluarga diraja
Eropah termasuk Putera Carl-Eugen Oettingen-Wallerstein dan isterinya,
Puteri Anna serta anak perempuan mereka, Puteri Joanna dalam kejohanan
itu.
"Tahun ke-11 menjanjikan yang lebih besar dan lebih baik daripada
aspek pasukan, keseronokan dan aktiviti," kata pemilik Hotel Anantara,
Bill Heinecke.
Menurut laman web rasmi kejohanan tersebut, acara itu berjaya
mengumpulkan sumbangan lebih AS$500,000 (RM1.5 juta) sejak 10 tahun
lalu.
Semua wang yang dikumpulkan disumbangkan bagi aktiviti pemuliharaan populasi gajah di Thailand.
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment