SAN FRANCISCO - Telefon pintar iPhone terbaharu keluaran Apple Inc.
mula dijual hari ini dengan paparan skrin lebih besar dan dilengkapi
teknologi tanpa wayar 4G.,Gajet terbaharu Apple itu dijadualkan berada dalam pasaran di Amerika
Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun,
Singapura dan Britain pada bulan ini.......
IPhone 5 juga akan mula dijual di 100 negara di dunia menjelang hujung tahun ini.
Telefon pintar itu dilihat mampu memberi kelebihan kepada Apple dalam
persaingannya dengan Syarikat Elektronik Korea Selatan, Samsung dan
gajet keluaran Google Inc.
Namun, iPhone 5 gagal menawan beberapa penganalisis teknologi dan
pakar gajet menjelang pelancarannya di Amerika Syarikat kelmarin.
"Tidak ada faktor kejutan kerana apa yang anda lihat hari ini sekadar
evolusi. Saya tidak fikir ia mencukupi untuk memuaskan hati
(pengguna)," kata Ketua Eksekutif Syarikat Pengurusan Kekayaan, Michael
Yoshikami.
Para penganalisis bagaimanapun mengunjurkan jualan gajet terbaharu
itu akan dapat dijual antara 10 juta hingga 12 juta unit pada bulan ini
sahaja.
Iphone 5 memiliki paparan skrin lebih besar bersaiz 10.16 sentimeter
dengan fungsi internet berkelajuan tinggi 4G dan 20 peratus lebih ringan
daripada model sebelum ini, iPhone 4S.
Antara ciri ditingkatkan model baharu tersebut adalah iPhone 5 dapat
digunakan untuk melayari web menerusi teknologi 4G selama 8 jam tanpa
henti.
Gajet berkenaan boleh ditempah hari ini di AS pada harga bermula daripada AS$199 (RM619) bersama pelan data.
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment