KAHERAH -
Tentera Mesir semalam berjanji akan membalas dendam
kematian 16 pengawal sempadan dalam satu serangan di sebuah pos kawalan
dekat sempadan Israel pada hari sebelumnya, menurut satu kenyataan oleh
agensi berita rasmi MENA.....
Para pengawal sempadan itu mati selepas sekumpulan miltan Islam melancarkan serangan.
Kejadian itu berlaku di pos sempadan Kerem Shalom.
"Kami bersumpah dengan nama Tuhan kami akan membalas kematian mereka.
"Rakyat Mesir tidak perlu menunggu lama untuk melihat tindak balas
kami ke atas serangan pengganas ini," kata kenyataan Majlis Agung
Angkatan Bersenjata (SCAF).
"Sesiapa yang mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang
menyerang tentera kami di Semenanjung Sinai sejak beberapa bulan lalu
akan membayar dengan harga yang tinggi sama ada mereka berada di dalam
atau luar Mesir," tambah kenyataan tersebut.
Presiden Mohamed Morsi (gambar kecil) sebelum ini turut
berikrar lewat kelmarin untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan
mengambil alih kawalan di Semenanjung Sinai.
Kumpulan penyerang militan Islam itu melintas masuk ke Israel dengan
menaiki sebuah kenderaan berperisai selepas melakukan serangan tersebut.
Israel kemudian menyatakan, lima orang lelaki bersenjata dibunuh
dalam serangan melibatkan beberapa buah kereta kebal dan helikopter
rejim Zionis.
Di bawah perjanjian damai 1979 dengan Israel, Mesir dibenarkan menempatkan pasukan tentera dalam jumlah yang terhad di Sinai.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment