PASADENA, California -
Kenderaan robotik, Curiosity mendarat di kawah
gergasi Gale di planet Marikh semalam dalam misi meneroka permukaan
planet berkenaan.
Pasukan penyelidik dan jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa
Lepas Kebangsaan (NASA) bersorak kelmari bila kenderaan itu memasuki
atmosfera planet itu....
.Kita selamat mendarat di permukaan Marikh," kata jurutera NASA, Allen Chen.
Selepas mendarat, kenderaan itu menghantar gambar dari dalam kawah tersebut di planet Marikh ke pejabat NASA.
Dijana kuasa nuklear, Curiosity yang bersaiz sebesar sebuah kereta
dilengkapi pelbagai peralatan saintifik, kamera dan stesen cuaca.
Kenderaan itu turut memiliki gerudi, sebuah tangan robotik, pancaran laser, alat pengukur radiasi dan makmal kimia mini.
Curiosity akan melakukan penerokaan selama dua tahun di permukaan Marikh.
Misi tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan sama ada Marikh
memiliki bahan asas bagi menyokong kehidupan seperti karbon, nitrogen,
fosforus, sulfur dan oksigen.
Pembinaan dan penghantaran Curiosity ke planet merah berkenaan menelan belanja sekitar AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion).
Walaupun kos itu amat tinggi, beberapa penyelidik NASA memberitahu,
perbelanjaan besar tersebut berbaloi sekiranya Curiosity dapat melakukan
pelbagai penemuan saintifik.
Kenderaan tersebut dihantar ke Marikh dengan menggunakan sebuah roket
yang mengambil masa perjalanan lebih lapan bulan sejauh 566 juta
kilometer
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment