KOTA BHARU -
Panik terserempak dengan pihak berkuasa yang mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra , kereta dinaiki seorang penganggur terbabas hingga melanggar pembahagi jalan…….
Lelaki berusia 23 tahun itu terkejut dengan kehadiran empat anggota dari Cawangan Trafik (IPD) yang mengadakan Operasi
Cegah Samseng Jalanan pada jam 2.30 pagi di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, menyedari kehadiran polis, lelaki itu bertindak melarikan diri, bagaimanapun, berjaya ditahan polis.
“Pemeriksaan badan menjumpai dadah dan beberapa alatan curi kereta termasuk alat pengukir kunci ditemui di dalam kenderaan jenis Produa Kancil yang dinaiki.
Hasil siasatan awal juga mendapati kereta itu adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Pasar Kubang Kerian , 27 Julai lalu,”
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment