KUCHING –
Bagi mereka yang mengunjungi bazar Ramadan Satok di sini yang menampilkan pelbagai makanan tradisi masyarakat tempatan dan tidak ketinggalan makanan dari Semenanjung, pasti dapat merasai betapa meriahnya sambutan Ramadan di Bumi Kenyalang …..
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bazar tersebut sejak awal, pasti dikunjungi ribuan manusia setiap hari yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum seperti Iban, Cina, Bidayuh, India dan Melayu.
Dengan tarikan pelbagai makanan tempatan Sarawak seperti terubuk bakar, ayam panggang, bubur pedas, tapai madu dan sebagainya, ia sudah tentu menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang berpuasa.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment