JOHOR BAHRU -
Pendaftaran 28 buah sekolah agama negeri Johor
sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tidak sesekali
mengurangkan bidang kuasa kerajaan negeri dan Sultan Johor terhadap
pengurusan sekolah berkenaan.....
.Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Su1tan Iskandar
bertitah, kuasa mutlak baginda terhadap hal ehwal agama Islam Johor juga
tidak terjejas atau berkurangan berikutan pendaftaran sekolah tersebut
sebagai SABK.
"Kuasa mutlak raja tidak akan terkurang atau terjejas dengan pendaftaran itu.
"Sebarang keputusan mengenai sekolah terbabit hendaklah selaras
dengan Enakmen Pentadbiran Agama Negeri Johor dan disembah kepada saya
terlebih dahulu," titah baginda semalam.
Baginda bertitah demikian pada majlis menandatangani memorandum
persefahaman pendaftaran sekolah agama negeri Johor sebagai SABK di
sini.
Turut hadir ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim;
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar,
Datuk Abdul Ghani Othman.
SEKOLAH agama Johor kini mendapat nafas baharu selepas ia kini di bawah pentadbiran Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan.
Pada majlis itu, sebanyak 20 buah sekolah menengah agama rakyat dan
lapan buah sekolah rendah agama bersepadu di negeri itu didaftarkan
sebagai SABK.
Sultan Johor selaku ketua agama Islam negeri bertitah, sekiranya
terdapat sebarang pelanggaran perjanjian yang ditandatangani semalam,
baginda tidak teragak-agak untuk membatalkannya.
Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya mengesahkan perjanjian
tersebut tidak menjejaskan kuasa Sultan Johor, Majlis Agama Islam
negeri, Jabatan Agama Islam negeri dan pihak berkepentingan yang lain.
"Ini telah ditetapkan dalam Perkara 17 memorandum persefahaman yang
jelas menyatakan bahawa kuasa-kuasa pihak berkepentingan adalah kekal,
malah masih mempunyai tanggungjawab terhadap sekolah-sekolah berkenaan,"
kata beliau.
Katanya, dengan kemasukan sekolah agama negeri Johor sebagai SABK,
seramai 684 guru dan 116 petugas sokongan diberi peluang menjawat
jawatan tetap dan berpencen di bawah Kementerian Pelajaran.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment