KOTA TINGGI
- “Saya hanya mahu berfikiran positif dan selagi ayah belum dijumpai, saya yakin dia masih hidup,….
kata S Amuta, 32, anak V Subramaniam, 58, yang dikhuatiri lemas di Sungai Johor berhampiran Jeti Kampung Kelantan pada kejadian 6 Ogos, lalu.
Menurut anak kedua daripada tujuh beradik itu, ayahnya tahu berenang dan tidak mustahil dia boleh menyelamatkan diri ketika kejadian tersebut.
Jelasnya, meskipun sudah masuk hari keempat operasi mencari dan menyelamat dijalankan, jasad ayahnya masih belum ditemui tetapi gerak hatinya kuat mengatakan ayahnya masih hidup.
Bagi adik iparnya, Thureshh, 26, berkata, dia percaya jasad bapa mertuanya pasti ditemui hasil usaha keras dalam operasi yang dijalankan bomba dan polis.
selain tidak putus berdoa, mereka sekeluarga turut menggunakan khidmat pakar perubatan tradisional untuk mencari Subramaniam.
“Apa yang kami harapkan, jasad ayah dapat ditemui walaupun dia sudah tidak bernyawa lagi.., operasi mencari mangsa tetap diteruskan selama 24 jam.
“Operasi yang telah masuk hari keempat ini melibatkan jumlah anggota yang sama dengan keluasan kawasan carian ditingkatkan. Walaupun malam, operasi masih dijalankan dan hanya akan ditamatkan apabila mendapat arahan daripada polis,” katanya.
sebahagian keluarga dan saudara mara mangsa berada di jeti tersebut untuk menunggu operasi mencari dijalankan.
Terdahulu, Sinar Harian 8 Ogos lalu, melaporkan seorang lelaki berusia 58 tahun dikhuatiri lemas bila terjatuh di Sungai Johor pada 6 Ogos lalu, kira-kira jam 7 petang dipercayai ketika hendak mengambil mata kailnya.
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment