Top Blogs

Monday, July 23, 2012

Home » , » Mangsa ketiga putus tangan kiri

Mangsa ketiga putus tangan kiri

ne_03.1

Mayat mangsa terakhir penumpang helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang terhempas di muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau  ditemui ………

Mangsa Henry Loh, 42, ditemui pada pukul 8 pagi terapung di tengah laut berhampiran Pulau Tereso iaitu tidak jauh dari lokasi helikopter tersebut terhempas pada Jumaat lalu.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan, Sekan Anak Gundah berkata, hasil maklumat penduduk kampung pihaknya bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari jeti Pekan Sebuyau.

"Semasa ditemui mangsa dalam keadaan masih lengkap berpakaian tetapi tangan kirinya hilang dipercayai dimakan ikan buntal.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti dan tiba pada pukul 8.28 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,"Berikutan penemuan mangsa terakhir, operasi mencari dihentikan pada pukul 8.40 pagi.

Bagaimanapun, bangkai helikopter tersebut belum ditemui.

operasi mencari dan menyelamat menggunakan empat buah bot pada hari ketiga semalam itu dimulakan seawal pukul 7.40 pagi dengan dibantu oleh 16 anggota dari Siburan, Kota Samarahan, ahli keluarga arkitek tersebut yang tinggal di Kuching hadir untuk proses menuntut mayat selepas dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.

Mayat Henry kemudian dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...