KUALA LUMPUR: “Kalau Ramadan ramai pengemis di sini dan ia dipelopori pelbagai bangsa termasuk warga asing,” kata peniaga yang beroperasi di Masjid Jamek, Wan Imran Shahputra Abdul Jabar…..
Wan Imran, 31, berkata, situasi itu berlarutan saban tahun dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
“Saya rimas dengan keadaan ini yang merosakkan imej kawasan ini terutama ketika orang ramai berpusu-pusu mendapatkan juadah berbuka di bazar.
“Malah, kawasan Masjid Jamek ini seperti sudah menjadi antara lubuk pengemis yang meminta simpati orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini.
Wan Imran berharap tindakan tegas diambil pihak berkuasa demi menghalang kegiatan pengemis yang turut didakwa berpunca daripada sindiket.kebanyakan pengemis berkenaan dari negara luar seperti Myanmar dan Vietnam.
No comments:
Post a Comment