Top Blogs

Wednesday, July 11, 2012

Home » , » Kolam air panas terbiar

Kolam air panas terbiar

image (10)

GUA MUSANG -

Kolam air panas terletak di tepi Jalan Gua Musang – Lojing, berhampiran Pos Hendrop, dekat sini, terkenal dan menjadi destinasi menarik untuk dikunjungi pelancong, namun kini terbiar dan dipenuhi semak

.Kawasan itu mempunyai tarikan tersendiri dengan keindahan alam semulajadi, dan menjadi tempat rawatan mereka yang mengalami masalah penyakit kulit.
Namun, kini kolam air panas itu terbiar dengan persekitaran yang kotor dan semak, menyebabkan orang ramai tidak lagi mengunjungi kawasan berkenaan.
Pengunjung Yasin Abdu Kadir, 44, berasal dari Kampung Bertam, Gua Musang berkata, dia kecewa dengan janji pelbagai pihak sebelum ini, yang menyatakan akan membangunkan kawasan
berkenaan sebagai destinasi pelancongan termasuk menyediakan pelbagai kelengkapan kemudahan asas.
“Apa yang kita nampaksekarang ini kawasan kolam air panas itu dikelilingi semak dan sampah sarap memenuhi kawasan pengaliran air dari bukit berhampiran tanpa diselenggara oleh pihak
berkenaan.
“Malah, kita yang mengunjungi ke kawasan berkenaan juga takut untuk berendam dalam kolam itu di samping berbau busuk,”

Sumber : sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...