Top Blogs

Wednesday, July 11, 2012

Home » , » Khalwat: Bekas pelajar IPTA didenda RM1,800

Khalwat: Bekas pelajar IPTA didenda RM1,800

image (13)

Kemeriahan sambutan tahun baru buat tiga remaja bertukar detik hitam apabila mereka dicekup pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat bersama pasangan bukan muhrim dalam sebuah rumah

.Kejadian dua tahun lalu itu juga menjadi pengajaran berharga buat remaja terbabit apabila turut diberhentikan daripada pengajian selepas mereka bertiga mengaku melakukan kesalahan tidak bermoral itu.
Lebih mendukacitakan apabila mereka turut dibawa ke muka pengadilan berikutan kesemua bekas pelajar pusat pengajian tinggi awam itu berjaya disabitkan atas kesalahan dilakukan.
Remaja terbabit, Mohamad Izzul Hafez Amin Jusoh, 18, Nor Azira Che Ngah, 19, dan seorang lagi rakannya, Shahrul Muzammir Salleh @ Abdullah, 18, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah atas satu kesalahan khalwat yang dilakukan pada malam tahun baru dua tahun lalu.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...