Top Blogs

Monday, July 23, 2012

Home » , » Bapa tembak 2 anak gadis

Bapa tembak 2 anak gadis

download

KANDAHAR:

Seorang lelaki membunuh dua anak perempuannya berusia belasan tahun apabila mereka pulang ke rumah empat hari selepas melarikan diri dengan seorang pemuda.,,

Si bapa yang menembak mati gadis berkenaan ditahan atas tuduhan membunuh di daerah Nad Ali di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, kata jurucakap polis, Farid Ahmad Farhang.

“Dia membunuh dua anaknya. Kedua-dua gadis itu melarikan diri dengan seorang pemuda empat hari lalu. Apabila pulang, lelaki itu menembak mati kedua-duanya.

Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki muda terbabit yang dikatakan bekerja sebagai jurubahasa untuk tentera Nato di wilayah berkenaan.

Hubungan antara lelaki dan wanita dikawal ketat oleh undang-undang Islam dan kebanyakan keluarga di Afghanistan mengenakan hukuman berat terhadap anggota keluarga mereka yang melanggarnya. Tindakan ‘membunuh kerana maruah’ menjadi amalan biasa di negara itu

Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...