Top Blogs

Monday, July 23, 2012

Home » , » Ayam Disembelih sembilan hari tak mati

Ayam Disembelih sembilan hari tak mati

image (3)

PENDANG –

Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup………...

image (4)
Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.
Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.
“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.
Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.
“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.
“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,

Sumber Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...