Top Blogs

Wednesday, December 11, 2013

Home » Wan Maimunah Bakal Nikah Lagi Pada Usia 60 Tahun

Wan Maimunah Bakal Nikah Lagi Pada Usia 60 Tahun

Wan-Maimunah-Bakal-Nikah-Lagi-Pada-Usia-60-Tahun-565x424WAN Maimunah bakal nikah lagi pada usia 60 tahun| ..

Mencecah usia 60 tahun, selepas sekian lama hidup menjanda, pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz bakal bernikah lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak-watak sedih dalam drama itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya akan kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lebih muda daripada beliau.

?Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir Allah.

?Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wanita yang telah berlakon lebih daripada sepuluh buah filem antaranya Wanita Bertudung Hitam, Jimi Asmara, Soalnya Siapa dan KL Gangster ini bakal bernikah pada 13 Disember ini di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas maghrib.

Tambah Wan Maimunah, semenjak berita dia bakal kembali berkahwin diketahui umum, tidak kurang ramai pihak yang menghubunginya dan melemparkan kata-kata negatif berhubung perancangannya itu.

?Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya.

?Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya,” ujarnya.

Selain majlis pernikahan, pihak keluarga Wan Maimunah turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi ringkas di Pasir Gudang pada keesokan harinya.- Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...