Top Blogs

Tuesday, September 10, 2013

Home » » Diana Danielle dan Anak Kini Tinggal di Kedah

Diana Danielle dan Anak Kini Tinggal di Kedah

952013_dianadikedah-aPelakon, Farid Kamil mengesahkan isterinya, Diana Danielle dan anak sulungnya kini berada di

kampung halaman keluarganya di Alor Setar , Kedah.

Farid Kamil memberitahu, Diana Danielle kini sedang dijaga rapi oleh ibu dan keluarganya di sana sambil menjalani rawatan berpantang secara tradisional selama 100 hari.

“Alhamdulilah, anak saya yang kini berusia dua bulan berada dalam keadaan sihat bersama Diana dan keluarga saya di kampung.

“Mereka berada di sana sejak pulang dari Australia beberapa hari sebelum Syawal.

“Buat masa sekarang, Diana dan anak saya akan tinggal di sana sehingga dia habis berpantang selama 100 hari,” katanya.

Farid ditemui selepas hadir ke majlis prebiu filem Dampak yang dibintangi pelakon lain seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Intan Ladyana, Cat Farish, Scha Al Yahya, Michael Chin dan ramai lagi.

Filem aksi yang diterbitkan oleh Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam mulai 19 September ini.

Sementara itu, Farid memberitahu lagi, Diana dan anaknya akan terus menetap di negara ini kerana isterinya sudah pun menamatkan pengajian di Australia.

“Diana sudah menamatkan pengajiannya di sana walaupun sebenarnya ada 6 bulan pengajian khas yang perlu dilengkapnya lagi.

“Namun buat masa ini, kami belum ada keputusan sama ada dia akan menyambung pengajiannya itu atau tidak sehinggalah Diana selesai berpantang.

“Lagipun saya mahu Diana pulih sepenuhnya dengan mendapat bentuk badan yang ideal sebelum keluar, sama ada belajar atau pun meneruskan kerjayanya sebagai pelakon,” jelasnya lagi.

Farid yang sedang mempromosikan filem Dampak arahan Lai Yuk Long itu memberitahu, dia terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk mengubat rindu pada anaknya.

“Bila sudah jadi bapa, perasaan dan tangungjawab yang ada pada diri saya menjadi semakin berat.

“Apa sahaja yang saya lakukan sekarang adalah semua untuk anak dan keluarga. Dia adalah segalanya buat saya,” luahnya lagi.-murai-

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...