Top Blogs

Friday, August 16, 2013

Home » » Zain Rasai Pengalaman Ikut Che Ta Balik Kampung

Zain Rasai Pengalaman Ikut Che Ta Balik Kampung

Zain-SaidinPelakon Zain Saidin melalui perasaan teruja apabila berpeluang untuk berhari raya dalam..

suasana kampung buat pertama kali di rumah kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, di Alor Setar, Kedah.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, peluang tersebut turut membuka ruang kepadanya untuk mengenali keluarga Rozita dengan lebih dekat.

“Seronok… ini pertama kali saya balik ke kampung dan dapat beraya dengan dia (Rozita) dan keluarga. Walaupun tidak banyak perbezaan beraya di sana tapi dapat juga merasai perasaan balik kampung.

“Keluarga Cik Ta semuanya baik. Walaupun saya kerap jumpa keluarga terdekat Cik Ta sebelum ini, tapi kali ini saya dapat jumpa saudara-maranya yang lain serta peminat yang datang beraya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Zain, dia berkunjung ke rumah Rozita pada Hari Raya kedua lalu selama dua hari.

“Saya ke sana menaiki kapal terbang bersama anak sulung Che Ta kerana dia beraya bersama bapanya terlebih dahulu di Kuala Lumpur. Kemudian kami balik ke Kuala Lumpur semula bersama.

“Alhamdulillah, dapat juga saya merasai suasana Hari Raya cara kampung dan menikmati makanan orang utara,” ujarnya.

Tambah Zain, sepanjang dua hari berada di Kedah, dia juga sempat menikmati makanan kegemarannya iaitu nasi kandar.

“Saya sempat juga cari nasi kandar. Kira-kira dua hari juga saya makan nasi kandar kerana ia makanan kegemaran saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain Zain akan memulakan penggambaran drama berjudul Cucur Bawang Kopi O pada minggu hadapan terbitan RTM.

Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...