Top Blogs

Thursday, August 22, 2013

Home » » Gambar bas terjun gaung Genting Highlands, 33 penumpang maut

Gambar bas terjun gaung Genting Highlands, 33 penumpang maut

Gambar bas terjun gaung Genting Highlands 11Sebuah bas persiaran terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di

KM3.5 Lebuh Raya Karak, Genting Highlands selepas pemandunya hilang kawalan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang Rabu ketika bas yang melebihi had muatan dengan membawa 49 orang penumpang termasuk pemandu, sedang menuruni Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat terkini yang dilaporkan portal berita online, seramai 33 penumpang disahkan maut di tempat kejadian, manakala 16 penumpang lain yang cedera parah berjaya dikeluarkan. Mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...