Top Blogs

Friday, July 5, 2013

Home » » Wiz Khalifa & Amber Rose Sah Suami Isteri

Wiz Khalifa & Amber Rose Sah Suami Isteri

KHABAR angin mengenai perkahwinan Wiz Khalifa dan Amber Rose sudah lama diperkatakan. Namun
sehingga saat ini berita pengesahan status perhubungan mereka masih lagi menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, menurut laporan portal Dailymail, khabar angin tersebut berkemungkinan benar memandangkan pasangan itu dilihat telah ke mahkamah Los Angeles pada Selasa lalu.
"Pasangan itu hadir untuk menguruskan surat-surat pernikahan mereka. Kiranya mereka bergelar suami isteri secara sah," kata sumber.
Sepatutnya, pengurusan surat-surat pernikahan wajib dilakukan dalam tempoh 90 hari selepas pasangan itu berkahwin. Sedangkan berita perkahwinan pasangan selebriti itu sudah diperkatakan sejak Januari lalu.
Bekas kekasih Kanye West itu telah bertunang dengan Wiz pada Mac 2012 dan telah pun memiliki seorang anak hasil perhubungan bersama.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...