Top Blogs

Wednesday, July 24, 2013

Home » » TINDAKAN PADA PELAKON LELAKI BERPAKAIAN WANITA

TINDAKAN PADA PELAKON LELAKI BERPAKAIAN WANITA

pon (1)Kerajaan khususnya pihak berkuasa agama dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa mengambil tindakan terhadap pelakon lelaki berpakaian wanita

di stesen televisyen berbayar yang dilihat mendorong kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketika membuat gesaan itu, anggota Dewan Negara Senator Rohani Abdullah berkata meskipun hanya lakonan, perbuatan memakai pakaian dan menyerupai wanita itu jelas haram di sisi Islam.

“Pihak berkuasa agama memang ada bertindak kepada golongan lelaki berpakaian wanita yang berlagak seperti pondan dan sebagainya tetapi masih tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pelakon.

“Tindakan pihak berkuasa agama hanya terbatas kepada beberapa orang sahaja tetapi perlu diketahui stesen televisyen berbayar ini ditonton ramai orang,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan membendung ajaran Syiah yang dikatakan semakin berleluasa di negara ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...