Top Blogs

Monday, July 1, 2013

Home » » Seks bawah umur, bekas PM Itali dipenjara

Seks bawah umur, bekas PM Itali dipenjara

MILAN - ITALI. Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun penjara terhadap bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi kerana
melakukan hubungan seks dengan pelacur bawah umur dan menyalahguna kuasa.

Keputusan dibuat selepas mahkamah mendapati beliau melakukan perbuatan terkutuk itu di luar Milan dan ketika itu beliau masih memegang jawatan perdana menteri.

Bekas pemimpin itu turut diharamkan dari memegang sebarang jawatan awam seumur hidup.

Bagaimanapun, beliau masih boleh mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijalankan yang dijangka akan mengambil masa beberapa bulan.

Berlusconi tidak lagi memegang sebarang jawatan rasmi kerajaan Itali, tetapi masih mempunyai kuasa selepas partinya menang selesa selepas pilihan raya Februari lalu.

“Saya yakin akan dibebaskan dan tidak mungkin bersalah berdasarkan bukti yang ada.

"Saya benar-benar tidak bersalah,” tegas Berlusconi dalam satu kenyataan.

Peguamnya, Niccolo Ghenidi turut menyifatkan hukuman yang diterima bekas perdana menteri itu sebagai tidak masuk akal.

Berlusconi dituduh melakukan hubungan seks dengan Karima El- Mahroug yang juga dikenali sebagai Ruby Heartstealer, semasa berumur 18 tahun dan salah guna kuasa untuk membebaskan gadis itu ketika ditahan pihak polis.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...