Top Blogs

Monday, July 1, 2013

Home » » Fandi merajuk

Fandi merajuk

Bukit Jalil: Kerana terlalu kecewa dengan aksi buruk anak buahnya, jurulatih Johor Darul Takzim (DT) Fandi Ahmad enggan menemui pihak media selepas
tamat perlawanan final Piala FA kelmarin.
Sebaliknya hanya penolong jurulatih Ismail Ibrahim tampil pada sidang media, itupun agak lewat kira-kira jam 11.55 malam selepas diarahkan oleh pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Beliau (Fandi) kecewa kerana pemain tidak membalas balik kepercayaan yang diberikannya,” kata Ismail ketika ditemui sebagai mengulas keengganan pengendali Johor DT itu hadir pada media kelmarin.

Kekecewaan Fandi itu tidak sukar difahami jika melihat bagaimana barisan pemain bintang Harimau Selatan gagal melunaskan misi menjadi kelab pertama menjulang kejuaraan Piala FA selepas kecundang 1-0 di tangan juara bertahan Kelantan menerusi gol Mohd Nor Farhan Mohammad pada minit ke-15.Jelas Johor DT gagal menyaingi Kelantan khususnya pada babak pertama dan tugas itu semakin sukar apabila terpaksa mengeluarkan Mohd Safee Sali dan Andrezinho yang mengalami kecederaan manakala Safiq Rahim pula hanya mampu bertahan sehingga separuh masa kedua

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...