Top Blogs

Thursday, July 25, 2013

Home » » Rabecca Nur Al-Islam saman syarikat Erma Fatima

Rabecca Nur Al-Islam saman syarikat Erma Fatima

Saman ermaKuala Lumpur: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam , memfailkan saman terhadap

Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik produser dan pengarah Erma Fatima kerana mendakwa syarikat produksi itu gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan pengarah terbabit, tahun lalu.
Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Sivil, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini, semalam melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners.
Drama Dejavu Di Kinabalu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012.
Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.
Menurut Rabecca, dia tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenai kes itu kerana masih dalam perbicaraan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...