Top Blogs

Tuesday, July 23, 2013

Home » » Punca sebenar Abby Abadi kahwin tergesa-gesa di Thailand

Punca sebenar Abby Abadi kahwin tergesa-gesa di Thailand

Gambar perkahwinan Abby Abadi dan Noor FarhanSusulan pernikahan mengejut Abby Abadi dan Noor Farhan di Selatan, Thailand dua minggu lalu, peminat dan masyarakat mula tertanya-tanya tentang punca sebenar ..

ianya dilakukan secara tergesa-gesa.

Lebih menarik, terdapat segelintir individu tertentu yang mendakwa pelakon dan penyanyi popular itu cuba mengambil jalan mudah untuk bernikah tanpa melalui urusan Mahkamah.

Bertindak balas dengan dakwaan itu, Abby Abadi tampil membuat penjelasan panjang lebar menerusi Harian Metro yang diterbitkan hari ini. Menurut Abby :-


"Ya saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit."

"Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan."
"Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa."


Diharap dengan penjelasan ini, semua bentuk dakwaan yang tidak berasas dan tanpa bukti dilemparkan kepada Abby tidak akan diperbesar-besarkan lagi.

Doakan kebahagian untuk Abby dan suaminya yang dijangka akan melangsungkan majlis persandingan pada 31 Ogos ini di sebelah pihak perempuan dan seminggu kemudian pula di sebelah pihak lelaki.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...