Top Blogs

Tuesday, July 30, 2013

Home » » PELAKON UTAMA DRAMA TERTIKAM DIRI SENDIRI

PELAKON UTAMA DRAMA TERTIKAM DIRI SENDIRI

syukri yahayaPELAKON utama drama Menjinak Ombak, ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran

drama itu, semalam.
Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.
Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.
“Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu di bahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.
“Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya di tangan saya,” katanya.

Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini (tadi).
Menurutnya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...