Top Blogs

Friday, July 5, 2013

Home » » Maria Farida - Kesian Puteri dapat buaya macam Shah Jasle

Maria Farida - Kesian Puteri dapat buaya macam Shah Jasle

 Selepas terus berdiam diri daripada memberikan sebarang komen berkenaan isu khalwat bekas kekasihnya, Shah Jasle, akhirnya Maria Farida membuka mulut
semalam ketika ditemubual oleh wartawan MalaysianDigest.

Menurut Maria Farida, dia tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada Shah Jaszle ketika ini kerana itu semua merupakan kesilapan dirinya sendiri. 

"Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia (Shah Jaszle) yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around. Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar."

Jika berdasarkan komen pendek Mama Hot ini, adakah ianya bermaksud hubungan mereka berdua sebelum ini putus di tengah jalan disebabkan oleh sikap playboyShah Jaszle yang cenderung ingin memiliki ramai teman wanita? 

Selain komen di atas, Maria Farida turut melahirkan rasa simpati dengan tunangnya, Redzwani Puteri yang masih mempercayai Shah Jaszle walaupun dia secara terangan mengetahui pembohongan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh kekasihnya.

"Kasihanlah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shahz Jaszle) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar dari orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu.

1 comment:

  1. "Buaya"?..., kalau "Buaya" pun, kalau berduit takpe le juga. Ni "Buaya Sengkek", RM5000.00 pun nak kena pinjam dengan Neelofa.

    Neelofa telah mengakui wangnya dipinjam sebanyak RM5000.00 oleh "Buaya Sengkek" ni, dan mendedahkan kepada akhbar, bagaimana pula dengan orang lain yang mungkin memberikan wang sebanyak RM5000.00 atau RM10,000.00 kepada si "Buaya Sengkek" ni, tetapi oleh kerana mereka tidak popular dan tidak mempunyai nama seperti Neelofa, maka mereka tidak mampu untuk mendedahkan di akhbar, terus mendiamkan diri sahaja,...melepaslah jawabnya,..."kenyanglah" si mamat sengkek ni. Duit orang amik buat harta. Dah pinjam, tak reti nak bayar balik. Dah le tak malu nak pinjam duit orang, bukannya RM50.00, tapi RM5000.00, lepas tu buat "bodoh" je, tak reti nak bayar balik, sampai Neelofa terpaksa menghalalkannya.

    Apa dia buat dengan "duit orang" tu ye? Bayar hutang ceti agaknya. Silap-silap dengan jiran dia pun dia ada pinjam, dengan ketua kampung dia pun dia ada pinjam duit juga, mungkin juga dengan along pun dia ada hutang!

    Itulah, dah duit tak ade, tapi nak bergaya. Bila dah bergaya, senang le nak tackle perempuan. Betullah kata orang, biar papa, asalkan bergaya; biar hutang sekeliling pinggang, asalkan bergaya.

    Nak harapkan "si buaya sengkek" ni berniaga kat Bazaar Ramadhan, cari duit sendiri, tak payah nak harapkan duit daripada orang lain? ...jangan harap! Silap-silap bukannya dia yang jual kuih kat Bazaar Ramadhan, tapi kuih yang jual dia (tido).

    ReplyDelete

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...