Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menganggap komen-komen berbaur
negatif yang diterimanya kerana mengahwini wanita yang lebih berusia
bukan satu masalah
.Izzue, 23, berkata, apa yang lebih penting dia mampu menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang baik dan tidak mahu
mempedulikan perkara negatif lain.
"Saya dan isteri ada membaca komen-komen negatif tentang perkahwinan
kami tetapi itu bukan masalah besar kerana yang berkahwin itu adalah
kami dan paling penting ia mendapat restu keluarga.
"Kami tidak ambil hati pun apa yang orang ingin kata kerana ia adalah
kehidupan kami dan Alhamdulillah kami semakin bahagia sejak bergelar
suami isteri," katanya kepada mStar Online.
Izzue dan Nurinafilah Waharudin, 31, yang juga pengurusnya selamat
bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama
enam tahun pada 2 Jun lalu.
Bagaimanapun tindakan Nurinafilah atau lebih mesra dengan sapaan Awin
yang pada mulanya enggan mendedahkan usia sebenarnya telah menimbulkan
pelbagai spekulasi di kalangan peminat.
Dalam pada itu, Izzue berkata, dia semakin bahagia dengan perkahwinan
tersebut dan mula merasakan perubahan dalam dirinya sebagai seorang
lelaki.
Jelas Izzue, semua perkara yang dilakukannya demi membahagiakan isteri berharap keluarga mereka akan bertambah secepat mungkin.
"Alhamdulillah walaupun ada yang mengecam tetapi lebih ramai yang
mendoakan kebahagiaan kami berdua dan indah sebenarnya alam perkahwinan
ini.
"Pada diri saya sendiri juga banyak perubahan yang saya alami dan
berharap rumah tangga kami akan diserikan dengan cahaya mata secepat
mungkin," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Izzue berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri 36 episod berjudul Sahabat terbitan Suhan Movies.
Bagaimanapun dia dan Awin sudah berjanji akan meluangkan masa untuk berbuka bersama-sama sepanjang bulan Ramadan ini.
No comments:
Post a Comment