Top Blogs

Friday, July 12, 2013

Home » » Halle Berry kahwin hujung minggu ini

Halle Berry kahwin hujung minggu ini

LOS ANGELES - Aktres terkenal Hollywood, Halle Berry dan tunangnya, Olivier Martinez dilapor akan melangsungkan perkahwinan pada
hujung minggu ini, lapor portal hiburan eonline.com kelmarin.
Pasangan itu bertunang pada tahun lalu.
Berita itu hadir selepas Berry mengumumkan kehamilannya pada April lepas.
Ini ialah anak pertama hasil hubungannya dengan Martinez, 47, yang merupakan aktor Perancis.
Pemenang Oscar berusia 46 tahun itu sudah mempunyai anak perempuan, Nahla bersama bekas teman lelakinya, Gabriel Aubry.
Ia akan menjadi perkahwinan ketiga aktres tersebut yang pernah memegang watak gadis James Bond.
Berry pernah berkahwin dengan bekas pemain besbal, David Justice dari 1993 hingga 1997 sebelum mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Eric Benet dari 2001 hingga 2005.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...