Seorang budak lelaki 13 tahun di New Orleans didakwa atas kematian
adik perempuan tirinya berusia 5 tahun selepas
dia mengaku melakukannya
dengan meniru rancangan gusti di televisyen.
Menurut kanak-kanak berkenaan ketika disoalsiasat Detektif Matt
Vasquez, dia mempraktikkan aksi ‘WWE’ termasuk menghempas mangsa ke atas
katil, menumbuk perut, menyiku dan melompat ke atasnya ketika
ditinggalkan bersama si adik ketika ibu tirinya keluar.
Perlakuannya membuatkan mangsa mengalami patah rusuk, kecederaan organ dan pendarahan dalaman.
Apa yang mendukacitakan, Vasquez menyatakan kanak-kanak itu mengaku
dia sedar aksi WWE adalah lakonan semata-mata namun dia meneruskan
perlakuan ganasnya kerana berasa gembira melakukannya.
Walaupun mangsa menjerit kesakitan, dia hanya berhenti setelah
telefon rumah berdering kerana ibu tirinya menelefon untuk memeriksa
keadaan mereka di rumah
No comments:
Post a Comment