Top Blogs

Tuesday, July 23, 2013

Home » » Guru Maut Di Tembak Di Lampu Isyarat

Guru Maut Di Tembak Di Lampu Isyarat

Guru Maut Di Tembak Di Lampu IsyaratSeorang guru lelaki yang berusia 45 tahun maut ditembak ketika kenderaannya berhenti di

persimpangan lampu isyarat simpang empat Keladi ketika dalam perjalanan untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Brapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam. Mangsa K Shanmugam, 45, tinggal di Taman Bidara guru sekolah menengah di Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish secara sendirian dalam perjalanan ke sekolahnya.
“Apabila sampai di lampu isyarat simpang empat Keladi, mangsa menghentikan kenderaan dipandunya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali dari arah belakang kereta dengan menunggang motosikal. Sebaik sahaja berada di sebelah mangsa, seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol dan mengenai mangsa.
guru yang tidak dapat melarikan diri ditemui maut dalam keadaan terperosok di kerusi penumpang. Menurut seorang saksi,
“Saya terkejut dengar bunyi letupan macam mercun,” kata Muhamad Sufian Hassan, 21.
"Sehingga kini polis sedang mencari motif pembunuhan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
11 kelongsong peluru telah ditemui bertaburan di tempat kejadian dan beliau mempercayai suspek menggunakan senjata jenis pistol dan bukan revolver.
Menurut beliau lagi, ini merupakan kejadian kedua selepas seorang pengusaha premis menjual besi lusuh di ditembak di lampu isyarat Taman Kuchai, di sini kira-kira jam 8.30 malam Mei lalu.
Tambah Ghuzlan, cara pembunuhan seperti ini lazimnya digunakan oleh penembak upahan kerana apabila mangsa berada di dalam kereta dan menghampiri lampu isyarat, tembakan yang dilepaskan pasti mengena sasaran kerana ketika itu kenderaan mangsa tidak bergerak.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...