selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Adam Fahmi.
Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 31, sebaliknya berkata,
mereka masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata namun rezeki masih
belum menyebelahi mereka.
"Saya dan suami tidak pernah merancang tetapi masih belum rezeki kami
untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun kami tidak tertekan dengan
situasi ini kerana yakin akan tiba masa untuk kami nanti," jelasnya
kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Ezlynn dan Adam, 35, sah bergelar suami isteri pada 20 November 2011
dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di
sini.
Dalam perkembangan sama, Ezlynn berkata, keluarga kedua-dua belah
pihak juga tidak pernah membangkitkan soal berkenaan kepada mereka namun
mengharap rumah tangga yang dibina itu akan diserikan dengan kehadiran
cahaya mata.
Bagaimanapun kata Ezlynn, dia tahu keluarga sebelah suaminya
mengharapkan kehadiran cucu kerana Adam adalah anak pertama dalam
keluarganya.
"Sebelah keluarga suami masih belum ada yang berkahwin dan sudah
tentu harapan itu agak tinggi diletakkan kepada kami namun keluarga
mertua juga memahami dan tidak pernah membangkitkan soal tersebut,"
jelasnya.
Sementara itu, Ezlynn berkata, dia semakin memahami Adam yang juga
pengurusnya dan semakin bijak membezakan soal kerjaya dan peribadi.
"Sebenarnya tidak banyak perbezaan tetapi kami semakin saling memahami di antara satu sama lain dan kami bahagia bersama
No comments:
Post a Comment