Top Blogs

Thursday, July 4, 2013

Home » Enam maut kenderaan bertembung di Kilometer 117, Jalan Sibu-Bintulu

Enam maut kenderaan bertembung di Kilometer 117, Jalan Sibu-Bintulu

MUKAH – Enam orang termasuk lima sekeluarga terbunuh dalam nahas ngeri
membabitkan dua buah kenderaan termasuk sebuah pikap di Kilometer 117, Jalan Sibu-Bintulu semalam.
Lebih menyayat hati, kejadian pada pukul 8 pagi itu menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan, Siti Norasidah Mohd. Azri, 2, meninggal dunia selepas tercampak kira-kira 10 meter dari kereta Proton Saga yang dinaiki bersama keluarganya.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga, Mohd. Sirhan Suib, 35; isterinya, Dayang Norhayati Tusin, 30, dan anak pasangan itu, Mohd. Danish Nubhan, sembilan bulan.
Turut terkorban ialah adik Dayang Norhayati, Dayang Norhafizah, 23, dan anaknya, Siti Norasidah serta seorang penumpang pikap Toyota Hilux, Napsiah Hasan, 61.
Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketika kejadian, Mohd. Sirhan sekeluarga dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Limbang dekat sini selepas mengunjungi rumah saudara mereka di bandar Sibu.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...