Top Blogs

Sunday, July 21, 2013

Home » » Eira Syazira curi masa demi buah hati

Eira Syazira curi masa demi buah hati

Eira Syazira

KEHADIRAN cahaya mata dalam rumah tangga memberi momen indah.
Malah, tahun ini juga merupakan tahun pertama pelakon popular,

Eira Syazira
Eira Syazira bersama anaknya Amarra Sofea Rose

 Eira Syazira
Eira Syazira dan suaminya, Azad Jazmin

Eira Syazira dan suaminya, Azad Jazmin menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal bersama puteri kesayangan mereka, Amarra Sofea Rose, 6 bulan.
Walaupun ramai beranggapan kehadiran si kecil mungkin merumitkan masa untuk berbuka dan bersahur, namun bagi Eira, 29, Ramadan yang ditunggu tetap berjalan lancar.
"Saya bersyukur kerana dikurniakan anak yang baik seperti Amarra. Dia memang tak banyak karenah bila perut dia kenyang.
"Sejak lahir lagi, saya dah praktik Amarra untuk minum susu setiap empat jam. Jadi, kami akan bersiap sedia untuk menyediakan susu setiap waktu itu. Jadi, waktu bersahur kami tidak terganggu.
"Di usia ini, saya sudah biasakan Amarra untuk menerima makanan lain seperti bubur nasi, kentang lenyek dan sayur-sayuran. Alhamdulillah, saya puas hati dengan perkembangan tumbesarannya.
"Sejak saya mula bekerja, saya biasakan Amarra untuk menerima susu formula dan sekarang saya dah tidak menyusu badan lagi,

walau sesibuk mana pun, dia tetap utamakan anaknya dan lebih selesa membiarkan suami menguruskan anak ketika dia keluar bekerja.
"Kami memang susah nak tinggal anak kat orang. Kami akan bergilir-gilir jaga. Kalau Azad kerja, saya akan jaga dan begitulah sebaliknya.
"Kadang-kadang, kalau jadual kami bertembung, saya akan bawa Amarra ke lokasi. Namun, saya akan pastikan lokasi itu sesuai dengan Amarra dan pembantu saya akan jagakannya ketika saya kerja.
"Namun, saya akan sentiasa pastikan kehadiran anak saya tidak mengganggu penggambaran saya. Selain itu, saya juga kena pastikan tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu bukanlah alasan untuk saya tidak berdisiplin
dalam bekerja," katanya yang pernah dikritik tidak berdisiplin sejak akhir-akhir ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...