Top Blogs

Monday, July 1, 2013

Home » » Dirotan guru kerana ke tandas

Dirotan guru kerana ke tandas

  Kesan dua rotan mengena pada bahagian bahu sehingga meninggalkan kesan di tiga anggota badan Azim.
  Kesan merah akibat dirotan pada bahagian bahu hadapan badan Azim.
PASIR MAS – Hanya kerana ke tandas selepas tamat waktu rehat, seorang pelajar tingkatan dua, sekolah
  Dirotan guru kerana ke tandas
dirotan sebanyak dua kali oleh guru (bukan guru disiplin),
Bapa, Wan Tajalluddin Wan Jaafar, 54, mendakwa guru berkenaan mengambil tindakan melulu meskipun ada guru lain sedang mengajar di hadapan.

Menurutnya, anaknya Wan Abdul Azim sudah dihukum oleh guru kelasnya kerana masuk lambat, namun belum sempat membuka buku, seluar anaknya ditarik dari belakang seterusnya dirotan.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila guru berkenaan sedang memintas pelajar lain, yang mana secara kebetulan ketika itu, anak saya berada di dalam tandas.

“Guru berkenaan ternampak Azim, lalu beranggapan dia adalah salah seorang daripada pelajar nakal terbabit,” katanya.

Tajalluddin berkata, kesalahan yang dilakukan oleh anaknya iaitu keluar ke tandas sejurus tamat waktu rehat, tidak setimpal dengan hukuman yang diterima.

Ini kerana katanya, kesan dua rotan berkenaan mengena pada bahagian bahu sehingga meninggalkan kesan di tiga anggota badannya.

Lebih mengecewakan katanya, pihak pentadbir melarang anaknya memaklumkan perkara terbabit kepada ibu bapa.

“Malah mereka turut mengugut Azim dengan menyatakan ‘Jangan beritahu ibu bapa. Jika tidak…

“Pada mulanya, saya tak mahu memanjangkan perkara ini, namun selepas mendapati pihak pentadbir mengugut akan anak memberhentikannya sekolah, maka saya membuat laporan polis berhubung perkara ini

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...