Top Blogs

Monday, July 22, 2013

Home » » Bahagia Bulan Madu Izzue Islam-Awin

Bahagia Bulan Madu Izzue Islam-Awin

7182013_izzuehoneymoon-a Sejak pelakon dan penyanyi , Izzue Islam yang jambu tu kahwin,

gambar-gambar manisnya bersama isteri, Awin yang dimuat naik oleh ahli kumpulan Forteen itu sendiri ke dalam laman Instagram miliknya.

Meskipun terdapat jarak umur yang agak jauh di antara mereka iaitu Awin lebih tua daripada Izzue, namun penulistengok dorang ni bahagia dan gembira sahaja menjalani hidup bersama. Jelous pulak Murai Batukan.

Lebih romantik lagi, bila baru-baru ini, Izzue ada muat naik foto-foto bulan madunya bersama isteri tersayang ketika berada di beberapa tempat di Thailand. Terpancar kebahagiaan di wajah mereka di dalam foto-foto tersebut. Sweet sangat penulis tengok.

Namun, penulis dengar mereka ke Thailand bukanlah sekadar untuk berbulan madu semata-mata tetapi turut sama menjayakan penggambaran program Romantika Raya terbitan Astro. Best la bulan madu di sponsor kan?

Wah, tak sabar penulis nak tonton Romantika Raya pada Aidilfitri ni. Disebabkan terlalu teruja, penulis pun mula bertanyakan dengan rakan-rakan media penulis yang sempat menghadiri sidang media program-program Raya Astro semalam. Mereka kata Romantika Raya akan bersiaran pada hari raya pertama iaitu 8 Ogos ini.

Malah, Romantika Raya yang akan bersiaran di saluran Maya HD pada jam 1 petang itu dengarnya bukan sahaja menampilkan Izzue dan isterinya tetapi artis lain juga seperti Aaron Aziz dan isteri, Amy Search dan isteri, serta Ning Baizura dan suami.

Amboi, raya pertama penulis nampaknya akan melekat depan TV lah tahun ini. Sambil tengok TV , sambil makan kuih raya lagi, mesti best lah!

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...