PENYANYI Avril Lavigne akhirnya berkahwin dengan kekasihnya
vokalis kumpulan Nickleback, Chad Kroeger pada Sabtu lalu di Selatan
Perancis.
Berita berkenaan didedahkan oleh jurucakapnya Mike Heller di laman
Twitter dan memberitahu Avril dan Chad kelihatan sangat gembira pada
majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat itu.
"Hari yang sangat istimewa. Bintang kecilku Avril berkahwin hari ini dan sangat gembira dapat bersama-samanya," katanya.
Bagaimanapun tiada sebarang gambar yang dimuat naik oleh Mike namun
memberitahu tetamu yang hadir kelihatan semangat dan teruja dengan
majlis berkenaan.
Avril yang pernah berkahwin sebelum ini pernah memberitahu mahu
mengadakan tema yang luar biasa pada hari perkahwinannya dengan Chad.
No comments:
Post a Comment