Pelakon drama bersiri Roda-Roda KL iaitu Hanny mengakui mengambil
masa hampir enam bulan sebelum menerima cinta bakal suaminya iaitu
Shamsul Akmar Sahabudin, 33, sebagai bakal suami.
Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara Harmi, 31, berkata, jangka
masa itu diambil kerana tidak mahu terburu-buru menerima kehadiran
lelaki lain dalam hidupnya ekoran kegagalan dalam hubungan sebelum ini.
"Apabila Shamsul menyatakan hasratnya saya tidak terus bersetuju
kerana tidak yakin dapat membina sebuah hubungan baru selepas putus
tunang pada tahun 2011.
"Tetapi berkat kesabaran dan kesungguhannya untuk berkawan dengan
saya, saya telah terbuka hati untuk menerimanya," jelasnya ketika
dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Hanny yang merupakan anak kepada pelakon Julie Dahlan dan Shamsul,
adik bongsu penyanyi Datuk Hattan bakal disatukan sebagai suami isteri
pada Sabtu (hari ini) di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur
Majlis akad nikah pasangan ini akan berlangsung pada pukul 10 pagi.
Majlis resepsi mereka akan diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai depan.
Dalam perkembangan sama, Hanny berkata, dia tertarik dengan Shamsul
kerana sifat lelaki itu yang baik hati, romantik dan penyayang.
Dia juga terharu dengan kesungguhan Shamsul memikat hatinya sebelum ini yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri.
"Sebenarnya saya sudah lama mengenali Shamsul sebagai seorang kawan
dan sangat selesa dengannya. Selain itu ciri-ciri yang saya mahukan
daripada seorang lelaki ada padanya dan beberapa perkara lain yang
membuatkan kami serasi bersama," jelasnya.
Malah ibunya, Julie Dahlan juga turut menyenangi dan merestui
hubungan tersebut dan menjadi insan paling gembira apabila mereka
mengambil keputusan untuk berkahwin.
Dalam pada itu, Hanny berkata, persiapan majlis resepsi
perkahwinannya telah pun siap dan dia memilih untuk mengadakan majlis
berkenaan berkonsepkan tradisional.
Tambah Hanny, dia juga bersyukur mendapat beberapa tajaan seperti
daripada Sabbiq R Hanis untuk baju pengantin dan Touch Gallery yang
menyediakan pelamin.
"Saya sebenarnya tidak mempunyai konsep tertentu untuk majlis itu
nanti namun tertarik dengan tema tradisional dan akan memakai persalinan
dari kain songket pada hari persandingan nanti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hanny berkata, selepas berkahwin dia akan
meneruskan aktiviti lakonan seperti biasa namun akan lebih memilih
terhadap watak yang diberikan sesuai dengan statusnya sebagai isteri
orang.
Selain itu katanya, dia juga akan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja belakang tabir untuk menerbitkan drama terbaharu.
Dia juga baru sahaja menyelesaikan dua projek iaitu drama PA I Love You untuk TVi dan Cinta Putri Salju (Astro Prima).
"Saya tidak akan berhenti berlakon tetapi akan lebih memilih watak
yang diberikan sesuai dengan status saya sebagai seorang isteri. Selain
itu saya turut memberikan tumpuan kepada kerja-kerja penerbitan drama di
bawah syarikat ibu saya,
No comments:
Post a Comment