SEREMBAN – Seorang pelajar ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun.Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah , harus menyusu lebih 15 botol sehari.
Ketagihan Farah Sauffiah
bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam
termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.
Farah Sauffiah kurang minat makan nasi dan
minuman lain.
“Rasa susu yang sedap
membuatkan saya kurang berminat dengan minuman lain dan kadangkala saya
tidak makan nasi seharian, sebaliknya hanya menyusu sahaja.
“Menghisap susu botol sudah
menjadi rutin seharian. Meskipun tidak kena pada usia, saya tetap akan
menyusu sampai bila-bila,” katanya.
Menurutnya, tabiat menghisap
susu botol diketahui rakan sekolahnya namun dia tidak pernah diejek
rakan meskipun ia nampak pelik dan janggal.
“Kawan sekolah tahu saya hisap susu botol tetapi mereka tidak pernah ejek dan perli saya.
“Saya juga tak rasa malu dan
tidak kisah diejek rakan. Saya bersyukur kerana ibu bapa memahami
keinginan saya dan masih membeli susu untuk saya sehingga sekarang,”
katanya.
Sementara itu, ibu Farah
Sauffiah, Latifah Ariffin, 47, berkata, dia memperuntukkan RM80 sebulan
membeli susu tepung untuk anaknya itu.
“Anak saya akan menghabiskan
susu tepung sebanyak dua kilogram setiap bulan. Kos ini tidak termasuk
botol susu yang perlu diganti baru.
“Pernah sekali saya tidak
membeli susunya dengan harapan dia berhenti menyusu tetapi dia sanggup
ke kedai membeli susu dengan duitnya sendiri,” katanya.
Menurutnya, Farah Sauffiah menghisap susu botol sejak berhenti menyusu badan ketika berusia 5 tahun.
“Sebaik berhenti susu badan,
dia menghisap susu botol sehinggalah ke hari ini walaupun telah
dinasihatkan supaya berhenti menyusu.
“Anak saya menyusu hampir
setiap jam dan setiap kali mahu tidur, dia akan pastikan menghisap susu
botol sehingga tertidur,” katanya.
Latifah berkata, suaminya pernah membaling botol susu anaknya itu di jalan depan rumah mereka.
“Suami saya bertindak begitu
kerana mahu melihat Farah Sauffiah berhenti menghisap susu botol tetapi
malangnya, anak saya sanggup mengutipnya semula.
“Kami sudah tidak ada cara
untuk memberhentikan tabiat Farah Sauffiah kerana dia masih juga
menghisap susu botol sehingga sekarang,” katanya.
Menurutnya, pernah sekali mereka berjumpa dengan bomoh tetapi masih menemui jalan buntu.
No comments:
Post a Comment