Top Blogs

Saturday, April 20, 2013

Home » » Pasar Tempat Cari Isteri

Pasar Tempat Cari Isteri

Unik! Pasar Untuk Mencari Calon IsteriBagi mereka yang mempunyai jodoh yang lewat, lazimnya, ibu bapa akan membantu dalam mencari calon isteri untuk anak-anak mereka.

Namun di Rom, mereka mempunyai satu kebiasaan yang lain dari yang lain. Di sini, masyarakat setempat mempunyai kebiasaan yang unik untuk menjaga anak-anak gadis mereka dari berkelakuan buruk dan godaan-godaan duniawi yang lain.
Masyarakat yang dikenali sebagai Kristian Ortodoks Kalaidzhi ini akan mengawasi tingkah laku anak-anak mereka apabila mencecah usia 15 tahun. Hal ini bagi menjaga anak-anak mereka dari budaya pernikahan di bawah umur.

Namun, terdapat sebuah tempat di mana anak-anak gadis ini boleh mempamerkan kecantikkan dan pesona wajah mereka kepada kaum lelaki iaitu di "Bridal Market".
Di pasar yang mirip seperti sebuah perayaan ini, para gadis muda dan lelaki muda akan bertemu. Jangan terkejut kerana para gadis ini akan ditemani oleh kedua ibu bapa mereka sepanjang berada di pasar berkenaan.

Gadis-gadis muda ini akan tampil dengan pakaian gipsi atau pakaian lain yang menarik. Mereka juga akan berdandan secantik mungkin bagi menarik perhatian calon pengantin lelaki untuk menawar mereka.
Menawar? Ya, mereka akan ditawar seperti mana barang-barang yang di jual di pasar raya. Namun, apa yang membezakan pasar ini dengan jenayah memperdagangkan manusia adalah para gadis tersebut datang dari keluarga yang miskin dan akan ditawarkan pada lelaki yang mahu mengambil mereka sebagai calon isteri yang sah.
Jaminannya adalah para gadis yang ditawarkan masih dalam keadaan perawan (dara).
Selain itu, wang dari hasil tawaran tadi juga akan digunakan bagi membeli gaun pengantin dan pelbagai keperluan pernikahan yang lainnya. Sekiranya terbukti anak perempuan tidak lagi perawan, pihak ibu bapa tadi akan memulangkan semula wang tawaran tadi pada pihak lelaki yang menawar.

Semakin cantik dan semakin banyak pihak lelaki yang ingin menawar gadis berkenaan, harga tawaran akan turut meningkat.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...