Top Blogs

Wednesday, April 10, 2013

Home » » Nabila Harap Isu Cium Lelaki Tidak Undang Kontroversi

Nabila Harap Isu Cium Lelaki Tidak Undang Kontroversi

Pelakon Nabila Huda berharap tindakan spontannya mencium pipi kekasihnya, aktor Nas-T dan memeluk beberapa rakan artis lelaki lain ketika dia diumumkan pemenang Pelakon TV Wanita Popular
, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada malam Ahad lalu tidak akan mengundang sebarang kontroversi.
Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata, keadaan itu berlaku kerana perasaannya yang terlalu gembira apabila meraih anugerah tersebut dan meminta maaf jika ada pihak yang terasa dengan perbuatannya itu.
"Itu perbuatan spontan saya kerana gembira apabila diumumkan menang Pelakon TV Wanita Popular.
"Malah saya juga memeluk rakan-rakan artis lelaki lain seperti Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat lama yang tahu susah senang saya dalam industri seni ini.
"Tetapi sekiranya ada yang mahu mengata, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa dan tidak kisah kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Ini adalah diri saya," katanya.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...