Top Blogs

Wednesday, April 10, 2013

Home » » Lelaki kebas pisang kantoi

Lelaki kebas pisang kantoi

SABAK BERNAM - Seorang tertangkap manakala dua lagi berjaya melepaskan diri dalam kejadian curi hasil kebun
milik penduduk Kampung Tebuk Jawa, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an disyaki penagih dadah dari kampung berhampiran dicekup penduduk ketika cuba membawa keluar beberapa tandan pisang dari sebuah kebun.

Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tebuk Jawa, Mohamad Sungip Mohd Omar berkata, bertindak atas maklumat, penduduk dan ahli KRT berkumpul di lokasi dipercayai berlakunya kegiatan mencuri itu.

"Hasil soal siasat, lelaki berkenaan memberitahu dia memasuki tiga kebun dalam kampung ini pada hari yang sama. Kali pertama dan kedua, dia bawa beberapa tandan pisang keluar dan kali ketiga dia tertangkap.

"Bagaimanapun, kita syak dia tidak menjalankan kerja mencuri ini seorang diri dan yakin ada dua lagi rakan subahatnya yang dapat meloloskan diri,"
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...