Top Blogs

Tuesday, April 9, 2013

Home » » KENALI BINTANG BARU MULA BERSINAR AMIRAH ALI

KENALI BINTANG BARU MULA BERSINAR AMIRAH ALI

PERNAHKAH kamu mendengar lagu Alone Again, Queen of My Heart, Sailing the Sahara ataupun Katakanlah dendangan Amirah Ali..
. Bintang baharu bersinar ini bukan sahaja memukau setiap kali muncul dalam persembahan, malah hasil gabungan muzik tradisional Melayu berunsur melodi pop moden yang dibawanya semakin diterima ramai. Berasal dari Kuala Lumpur, Amirah membesar dalam budaya berbeza, sekali gus membuatkan dia berpandangan jauh dari segi gaya dan nilai-nilai peribadinya.

Melihat penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat yang berbeza dari segi agama dan muzik tradisional, Amirah cuba mengetengahkan instrumen yang tidak pernah didengari di negara-negara Barat. Pendedahan kepada kepelbagaian alatan muzik tradisional dan moden yang dirangka oleh Amirah pada hari ini membuatkan dia semakin dikenali ramai sebagai artis yang kreatif.

Melalui penerokaan dalam bidang muzik membolehkan peminatnya menikmati bunyi-bunyian baru yang dimainkan dari alat muzik tradisional dengan melodi berunsur pop moden. Gabungan instrumen tradisional dan moden itu membuatkan lagu-lagu Amirah terasa cukup unik sehingga mampu mewujudkan satu gaya muzik yang merujuk kepada muzik World Pop. Malah lebih istimewa, lagu Amirah bukan sahaja mampu memukau setiap pendengar malah gaya persembahannya juga menarik golongan remaja yang mula beralih kepada cita rasa muzik tradisional moden.
Pencapaian Amirah dalam industri muzik tanah air bermula apabila single Katakanlah dilancarkan secara rasmi pada awal 2012. Menerusi lagu tersebut, Amirah berjaya mendapat tempat kedua dalam International Songwriting Competition 2011 , sekali gus menewaskan 15,000 peserta lain dari 115 negara berbeza. Istimewa lagi, lagu Amirah yang bertajuk Malaysia turut mendapat perhatian ramai apabila dia muncul mempersembahkan lagu-lagu gabungan muzik tradisional Melayu yang disatukan dengan instrumen muzik moden Barat, Cina dan India.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...