JURNAL Biologi
Ikan melabelkan penemuan seekor anak jerung berkepala dua adalah yang
pertama di dunia
selepas seorang nelayan di teluk Mexico menjumpainya
pada 2011.
Dipetik
MailOnline, menurut saintis Universiti Negeri Michigan (MSU), Amerika
Syarikat, anak jerung itu dijumpai di dalam rahim jerung dewasa susulan
insiden tumpahan minyak di kawasan gerudi minyak Deepwater Horizon.
Jerung
Yu adalah spesies tunggal jerung yang menyerang manusia selain ia amat
popular di kalangan nelayan kerana sifat agresifnya.
Penolong
profesor perikanan dan hidupan liar MSU, Michael Wagner berkata,
hidupan akuatik berdarah panas itu berkemungkinan mati selepas
dilahirkan.
“Kebanyakan
haiwan yang dilahirkan berkepala dua tidak akan hidup lama sejurus
dilahirkan dan dalam kes ini, anak jerung ditemui nelayan mati ketika
ditemui,” katanya sambil mengakui bangkai anak jerung itu kini disimpan
di jabatan sains marin di Kolej Komuniti Florida Keys.
Sumber
No comments:
Post a Comment