Top Blogs

Tuesday, April 2, 2013

Home » » Imam Masjid Sheikh Masqsoud dipancung

Imam Masjid Sheikh Masqsoud dipancung

BEIRUT - 
Serangan di kejiranan Sheikh Masqsoud  terus memuncak bila
seorang imam, Sheikh Hassan Seifeddin dibunuh di bandar Aleppo, Syria.
Dipetik AFP, Sheikh Hassan Seifeddin merupakan imam di masjid Sheikh Masqsoud di kawasan utara Aleppo dipercayai dibunuh ketika  sedang mengimamkan solat.

Jenazahnya juga dipercayai dipancung sebelum diheret melalui jalan-jalan utama di bandar itu.

Agensi berita Sana melaporkan, Seifeddin dibunuh dan badannya dikerat manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan imam itu disembelih dan dipancung.

“Kepalanya diletakkan di atas menara Masjid Al-Hassan iaitu masjid yang sering dikunjunginya untuk memimpin solat,” menurut laporan itu.

Pihak berkuasa Syria menuduh Kumpulan Pembebasan Syria (FSA)  bertanggungjawab terhadap perbuatan itu kerana Seifeddin merupakan pemimpin pro-rejim Bashar Al Assad yang setia.

Namun, FSA mengecam tuduhan itu dan mengesahkan mereka tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut.

Awal bulan ini, seorang lagi ulama pro-rejim, Dr Mohammed Saeed Ramadan al-Bouti turut terbunuh dalam satu letupan di masjid dalam kejiranan Mazraa di Damsyik.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...