Top Blogs

Tuesday, April 2, 2013

Home » » Dua jam mengerang sakit,

Dua jam mengerang sakit,

KUALA KETIL -
 Seorang pemandu lori terpaksa menahan sakit selama dua jam akibat tersepit
dalam kejadian kemalangan di kilometer 7 Jalan Malau- Batu 7 kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.
Mangsa, Mazlan Abas, 53, dari Kampung Charuk Gorok, Mukim Pulai berhadapan situasi itu setelah lori yang dipandunya masuk ke dalam gaung sedalam hampir tiga meter.
Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa dalam kejadian itu.
Keadaan sekeliling yang dipenuhi semak selain permukaan tanah yang tidak rata turut memberikan kesan kepada operasi menyelamat itu.
Bagaimanapun, ayah kepada lima anak itu berjaya dikeluarkan dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan tangan.
  kejadian berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Keadaan itu mengakibatkan lori muatan getah sekerap itu terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung
dua jam saya mengerang kesakitan dalam lori itu. Selepas itu, barulah  terdengar riuh-rendah orang ramai.
kejadian itu disedari setelah  seorang penduduk yang melalui kawasan itu  terbau getah sekerap yang bertaburan
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...